Sabtu, 9 November 2019 | 9:28pm
Pihak berkuasa India dan Bangladesh hari ini mengarahkan lebih 450,000 penduduk berpindah dari perkampungan berhampiran persisiran pantai dan pulau kerana Taufan Bulbul sedang menuju ke pantai Teluk Benggala. - Foto AFP
Pihak berkuasa India dan Bangladesh hari ini mengarahkan lebih 450,000 penduduk berpindah dari perkampungan berhampiran persisiran pantai dan pulau kerana Taufan Bulbul sedang menuju ke pantai Teluk Benggala. - Foto AFP

Bangladesh, India pindah 450,000 penduduk elak Taufan Bulbul

MOUSOUNI ISLAND: Pihak berkuasa India dan Bangladesh hari ini mengarahkan lebih 450,000 penduduk berpindah dari perkampungan berhampiran persisiran pantai dan pulau kerana Taufan Bulbul sedang menuju ke pantai Teluk Benggala.

Taufan Bulbul yang membawa kelajuan angin mencecah 120 kilometer sejam dijangka melanda sekitar sempadan Bangladesh dan India lewat petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Bangladesh berkata, ombak mencecah sehingga dua meter diramalkan berlaku sepanjang pantai.

Difahamkan tentera Bangladesh sudah dihantar ke perkampungan terbabit untuk membantu operasi pemindahan.

Selain itu, kira-kira 55,000 sukarelawan pergi ke rumah ke rumah untuk memberitahu amaran taufan itu.

Menteri bagi pengurusan bencana, Enamur Rahman memberitahu AFP bahawa pemindahan 400,000 penduduk dijangka diselesaikan pada malam ini.

“Kami sudah pun memindahkan kira-kira 391,000 orang,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 1,500 pelancong terkandas di selatan pulau Saint Martin selepas perkhidmatan bot pelancong dilaporkan terkandas akibat cuaca buruk.

Dua pelabuhan terbesar Bangladesh iaitu Mongla dan Chittagong ditutup akibat ribut dan penerbangan ke lapangan Chittagong terpaksa dihentikan.- AFP.

Berita Harian X