Sabtu, 9 November 2019 | 12:56pm
ANGGOTA bomba memadam kebakaran hutan di Old Bar, New South Wales. - Foto Reuters
ANGGOTA bomba memadam kebakaran hutan di Old Bar, New South Wales. - Foto Reuters

Kebakaran hutan Australia ragut dua nyawa, 7 hilang

MELBOURNE: Dua maut, tujuh hilang dan sekurang-kurangnya 100 rumah musnah apabila kebakaran hutan merebak ke seluruh timur Australia, kata pihak berkuasa hari ini.

Perkhidmatan Bomba Pedalaman New South Wales (NSE RFS) mengesahkan dua maut akibat kebakaran berhampiran Glen Innes, terletak lebih 550 ke utara Sydney.

Satu mayat ditemui dalam kenderaan dan seorang wanita terbunuh selepas dijumpai mengalami kesan kebakaran semalam.

Ketua Menteri NSW, Gladys Berejiklian, memberitahu wartawan hari ini bahawa tujuh lagi masih hilang di seluruh negara itu.

“Saya minta maaf keran perlu memberitahu angka kematian akan meningkat,” katanya.

Ini adalah musim kebakaran hutan paling buruk di Australia dan sebahagian negara itu berhadapan kemarau teruk. — Reuters

Berita Harian X