Jumaat, 8 November 2019 | 10:16pm
- Foto AFP

Hamas patah cubaan 3 pelampau masuk Mesir

GAZA CITY: Pasukan keselamatan Hamas mematahkan cubaan tiga suspek kumpulan militan menyeludup masuk ke Mesir dan menahan mereka selepas berbalas tembakan, hari ini, kata gerakan Islam Palestin.

Menurut gerakan itu, selepas tembakan dilepaskan ketiga-tiga lelaki bersenjata itu ditahan tanpa melaporkan kematian di kedua-dua belah pihak.

Sumber pasukan keselamatan Gaza memberitahu AFP ketiga-tiga lelaki warga Palestin itu adalah anggota kumpulan pelampau Salafi terma yang digunakan untuk merujuk kepada gerakan yang berpihak kepada gerakan luar.

Pada Ogos lalu, dua serangan nekad terhadap gerakan Salafi mengorbankan tiga pegawai polis Palestin.

Hamas, sebuah gerakan yang muncul daripada gerakan Ikhwanul Muslim, mentadbir dua juga rakyat Gaza selama lebih daripada satu dekad walaupun mendapat tentangan pembangkang daripada gerakan Salafi. - AFP

Berita Harian X