Khamis, 31 Oktober 2019 | 10:04am

Letupan gas ragut lima nyawa kanak-kanak di Bangladesh

DHAKA: Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak terbunuh dan 17 lagi cedera selepas gas silinder yang digunakan untuk mengisi belon meletup di ibu kota Bangladesh, kata polis.

Ketua Polis, Abul Kalam Azad, berkata letupan berlaku semalam ketika seorang vendor menjual belon kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan setinggan Rupnagar di Dhaka.

Kanak-kanak yang terbunuh berusia antara tujuh dan 14 tahun.

Azad berkata, angka kematian mungkin bertambah.

Punca letupan belum diketahui tetapi penggunaan gas silinder berkualiti rendah digunakan meluas di negara itu, yang menyaksikan pemeriksaan dan pemantauan pihak berkuasa lemah. — Agensi

Berita Harian X