Rabu, 30 Oktober 2019 | 6:06pm
AKTIVIS demokrasi, Joshua Wong. - Foto AFP

China sokong sekat Joshua Wong bertanding di Hong Kong

BEIJING: Beijing menyuarakan ‘kebenaran dan sokongan’ terhadap tindakan pentadbir Hong Kong mengeluarkan aktivis demokrasi, Joshua Wong daripada menyertai pilihan raya tempatan, selepas tunjuk perasaan berbulan-bulan di bandar itu.

Wong adalah tokoh paling terkenal dalam pergerakan pro demokrasi tanpa ketua, beliau menuduh kerajaan Hong Kong melakukan ‘penapisan politik’, selepas pegawai pilihan raya mengisytiharkan pencalonannya untuk pilihan raya November tidak sah, hari ini.

Jurucakap badan pembuat dasar utama China untuk Hong Kong berkata, Wong berpandangan mahu menubuhkan kerajaan sendiri, mahukan kemerdekaan Hong Kong dan menafikan bandar itu sebahagian daripada China.

“Wong berulang kali merayu simpati kuasa dunia supaya campur tangan. Dia adalah pencabar prinsip ‘satu negara, dua sistem’. Kami menyuarakan kelulusan dan sokongan terhadap keputusan ini,” kata wakil Pejabat Hal Ehwal Hong Kong dan Macau, Yang Guang.

Beliau berusia 23 tahun itu meningkat popular sebagai tokoh pergerakan demokrasi besar-besaran ‘Pergerakan Payung’ pada 2014 yang gagal mendapat kompromi Beijing dan pernah dipenjara kerana berperanan dalam tunjuk perasaan. - AFP

Berita Harian X