Jumaat, 25 Oktober 2019 | 10:07pm
Polis rusuhan mengeluarkan sekatan dididirikan penunjuk perasaan anti-kerajaan di Tsuen Wan awal bulan ini. -Foto Reuters
Polis rusuhan mengeluarkan sekatan dididirikan penunjuk perasaan anti-kerajaan di Tsuen Wan awal bulan ini. -Foto Reuters

Mahkamah Hong Kong larang dedah maklumat polis

HONG KONG: Mahkamah Hong Kong hari ini melarang individu daripada mendedahkan maklumat peribadi mengenai polis dan keluarga mereka, disasarkan secara meluas dalam protes yang melingkari bandar ditadbir China itu selama beberapa bulan, mencetuskan kebimbangan kalangan pakar perundangan.

Aktivis prodemokrasi menyerang polis dengan bom petrol, batu dan laser ditujukan pada mata, berang dengan rakaman memukul secara rawak di media sosial terutama menyasar penunjuk perasaan di stesen kereta api bawah tanah. Seorang pegawai dikelar di leher dengan sebilah pisau bulan ini.

Polis membalas keganasan dengan melepaskan gas pemedih mata, meriam air, peluru getah dan tembakan hidup, mencederakan beberapa perusuh.

Penunjuk perasaan berang dengan apa yang dianggap campur tangan menggerunkan China di Hong Kong, yang dikembalikan kepada pemerintahan Beijing oleh Britain pada 1997 mengikut formula ‘satu negara, dua sistem’ bertujuan menjamin kebebasan tidak dinikmati di tanah besar.

China menafikan campur tangan sebaliknya menuduh kerajaan asing termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Britain, menghasut keganasan.

Polis dan setiausaha kehakiman memohon larangan pendedahan nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan butiran lain termasuk alamat sekolah anak-anak anggota polis.

Mahkamah bersetuju terhadap satu injunksi termasuk larangan meluas ‘gangguan’ yang dikatakan media berlangsung sehingga 8 November.

Profesor Simon Young dari sekolah perundangan Universiti Hong Kong memberitahu Reuters, tindakan itu secara berkesan bersamaan undang-undang menyasar kumpulan terpilih, tindakan serius yang perlu ditangani menerusi perundangan baharu, bukan satu injunksi. -Reuters

Berita Harian X