Selasa, 22 Oktober 2019 | 12:46pm

Samoa dilanda gempa bumi 6.0

SINGAPURA: Gempa bumi berukuran 6.0 menggegarkan Samoa di kepulauan Pasifik hari ini, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan dalam bencana itu, yang berlaku pada kedalaman 89 kilometer, kira-kira 169 kilometer ke barat daya ibu kota, Apia. - Reuters

Berita Harian X