Selasa, 22 Oktober 2019 | 12:41pm
MAHARAJA Naruhito

Naruhito ditabal Maharaja Jepun secara rasmi

TOKYO: Maharaja Naruhito berjanji akan memenuhi tugasnya sebagai simbol negara apabila mengumumkan pertabalannya secara rasmi hari ini dalam upacara dihadiri ketua negeri dan pembesar lebih 180 negara luar.

Naruhito, 59, menaiki takhta Mei lalu selepas bapanya menjadi maharaja pertama berundur dalam masa dua dekad.

“Saya berjanji akan bertindak selari dengan Perlembagaan dan memenuhi tanggungjawab sebagai simbol negara dan penyatuan rakyat.

“Saya benar-benar berharap Jepun akan bertambah maju dan menyumbang kepada persahabatan dan keamanan komuniti antarabangsa, dan kebajikan dan kemakmuran kemanusiaan menerusi kebijaksanaan dan usaha berterusan,” umum beliau di hadapan kira-kira 2,000 kehadiran termasuk Putera Charles.

Datuk Naruhito, Hirohito, dianggap sebagai Tuhan tetapi melepaskan statusnya selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua 1945. — Reuters

Berita Harian X