Ahad, 13 Oktober 2019 | 11:42pm
KEADAAN selepas di badai taufan Hagibis. - Foto AFP

12 maut kapal kargo karam ketika taufan Hagibis

TOKYO: Sebuah kapal kargo yang didaftarkan di Panama ditemui karam di perairan berhampiran Tokyo, hari ini.

Menurut kementerian pengangkutan negara itu, pihak berkuasa terputus hubungan dengan kapal terbabit, ketika taufan melanda.

Sebuah akhbar melaporkan sekurang-kurangnya 12 kru kapal itu maut.

Akhbar Yomiuri berkata, baki empat kru berjaya diselamatkan dan kru adalah warga Myanmar, China dan Vietnam.

Bagaimanapun, pengawal pantai gagal dihubungi untuk ulasan.

Menurut kementerian, kapal itu dilabuhkan di luar pesisir bandar Kawasaki, selatan Tokyo, namun terputus hubungan, semalam. - Reuters

Berita Harian X