Selasa, 8 Oktober 2019 | 10:57pm
Polis menyerbu sebuah perkampungan di daerah barat laut Joypurhat dan menahan Bablu Mondal, 35, selepas penduduk memaklumkan pegawai mengenai insiden itu. -Foto hiasan

Lelaki cukur kepala isteri selepas jumpa rambut ketika bersarapan

DHAKA: Seorang lelaki Bangladesh yang mencukur kepala isterinya selepas menjumpai rambut ketika bersarapan sudah ditahan, kata polis hari ini ketika kumpulan hak asasi memberi amaran keganasan terhadap wanita semakin meningkat di negara konservatif Islam itu.

Polis menyerbu sebuah perkampungan di daerah barat laut Joypurhat dan menahan Bablu Mondal, 35, selepas penduduk memaklumkan pegawai mengenai insiden itu.

“Lelaki itu menjumpai rambut pada nasi dan susu dalam sarapan disediakan isterinya. Dia menjadi berang melihat rambut itu dan memarahi isterinya. Tidak lama kemudian dia mengambil pisau dan mencukur kepala isterinya,” kata ketua polis tempatan, Shahriar Khan.

Khan berkata, Bablu didakwa ‘menyebabkan kecederaan parah,’ kesalahan yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan juga ‘melampaui batas kesopanan’ isterinya berusia 23 tahun. -AFP

Berita Harian X