Selasa, 1 Oktober 2019 | 8:21pm
MAJLIS sambutan ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Komunis di Beijing. - Foto AFP

Taiwan kecam pemerintahan 'kuku besi' China

TAIPEI: Kerajaan Taiwan mengutuk pemerintahan ‘kuku besi’ China ketika sambutan ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Komunis itu dengan mengatakan negara itu adalah ancaman kepada keamanan dan cuba mencari alasan untuk mengembangkan kuasa tenteranya.

Presiden China, Xi Jinping, yang mengetuai perarakan tentera di Beijing sempena meraikan tujuh dekad penubuhan Parti Komunis berkata, China menggalakkan pembangunan hubungan damai dengan Taiwan dan ‘terus berusaha untuk menyatukan semula tanah air’.

Majlis Hal Ehwal Utama Taiwan, membalas kenyataan Jinping ketika perarakan itu berkata, Taiwan tidak akan menerima ‘satu negara, dua sistem, model yang digunakan Hong Kong dan Macau, cara terbaik yang dilihat Beijing untuk mendapatkan Taiwan.

“Parti Komunis China terus bertahan dengan satu parti kuku besi selama 70 tahun, konsep pentadbiran yang melanggar nilai demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia, menyebabkan risiko dan cabaran untuk pembangunan tanah besar China.

“Sering melaungkan perjuangan perpaduan dan mengekalkan hubungan hanya satu alasan untuk meluaskan pengaruh tentera, menjadi ancaman serius kepada keamanan serantau, demokrasi dunia dan tamadun.

Taiwan adalah sebuah negara demokrasi lebih daripada 30 tahun dan China seharusnya menggunakan kesempatan itu untuk merenung kembali dan memilih demokrasi,” katanya.

“Garis ketahanan hidup dan pembangunan tanah besar China tidak terikat kepada seorang individu dan satu pihak,” kata majlis itu.

Taiwan tidak akan dibuli untuk menerima kedudukan China, tambahnya. - Reuters

China has heaped pressure on Taiwan President Tsai Ing-wen, who faces re-election in January, believing she wishes to push for the island’s formal independence, a red line for Beijing.

China has also been angered for expressions of support from Taiwan for anti-government protests in Hong Kong, which are expected again on Tuesday.

“We are a country of democracy and freedom and will show support for anyone in the world who pursues democracy and freedom,” Tsai told reporters on Tuesday.

“Likewise, any ruler should carefully listen to the people’s pursuit of freedom and democracy and respect the people’s will.” (Reporting by Yimou Lee; Writing by Ben Blanchard. Editing by Lincoln Feast.)

Berita Harian X