Selasa, 3 September 2019 | 3:44pm
KEBAKARAN di sebuah loji pemprosesan minyak dan gas dikendalikan syarikat kerajaan Oil and Natural Gas Corp (ONGC) di pinggir Mumbai mengorbankan empat orang.

4 maut, 3 cedera loji minyak dan gas India terbakar

MUMBAI: Kebakaran di sebuah loji pemprosesan minyak dan gas dikendalikan syarikat kerajaan Oil and Natural Gas Corp (ONGC) di pinggir Mumbai mengorbankan empat orang dan mengakibatkan tiga mangsa lain cedera serius, menurut pihak berkuasa, hari ini.

“Kami sedang memeriksa maklumat terbaharu daripada hospital tempatan, namun setakat ini, kami mengesahkan empat disahkan maut,” kata seorang sumber syarikat yang meminta supaya identitinya dirahsiakan kerana ONGC masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Syarikat itu enggan mengulas, namun ia memaklumkan kebakaran yang bermula awal pagi tadi di loji Uran, negeri Maharashtra, barat India berjaya dipadamkan hanya selama dua jam menerusi Twitter.

“Tiada kesan kepada pemprosesan minyak. Gas sudah dihalakan ke loji Hazira. Situasi ini sedang dinilai,” kata syarikat itu. - Reuters

Berita Harian X