Ahad, 1 September 2019 | 12:27am

Kekacauan di Hong Kong bertukar ganas

HONG KONG: Polis Hong Kong melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air, semalam dan penunjuk perasaan pro demokrasi membaling bom petrol dalam pertembungan terbaharu.

Kekacauan terbaharu itu menyebabkan bandar diperintah China terbabit terjerumus ke dalam krisis politik terburuk, sejak berdekad-dekad.

Polis melepaskan banyak tembakan gas pemedih mata dan penunjuk perasaan berlindung di sebalik payung antara bangunan ibu pejabat tentera China dan kerajaan.

Penunjuk perasaan turut membaling bata daripada laluan pejalan kaki ke arah polis.

Meriam air yang ditembak mengeluarkan air dengan pewarna biru, ia sering digunakan untuk memudahkan polis mengenalpasti penunjuk perasaan.

Polis rusuhan kemudian mara ke daerah Admiralty sambil diiring 20 kereta polis, sementara penunjuk perasaan membaling bom api daripada jejantas.

Ada juga penunjuk perasaan menghalakan laser biru dan hijau ke arah barisan polis. - Reuters

Berita Harian X