GENEVA: Ketua Organisasi Tenaga Atom Iran, Ali Akbar Salehi, memberitahu anggota parlimen hari ini bahawa Iran akan memulakan aktiviti di reaktor nuklear air-berat Arak, lapor agensi berita ISNA.
ISNA yang memetik seorang anggota parlimen berkata, air-berat boleh digunakan di dalam reaktor untuk menghasilkan plutonium, bahan api yang digunakan dalam peledak nuklear.
Pada Mei lalu, Iran mengumumkan langkah-langkah yang dirancang untuk melanggar perjanjian nuklear dengan kuasa utama dunia berikutan pengunduran Amerika Syarikat (AS) dari perjanjian dan tindakan Washington yang mengenakan semula sekatan keras terhadap Iran.
Pada 3 Julai lalu, Presiden Hassan Rouhani berkata, Tehran akan meningkatkan tahap pengayaan uraniumnya dan mula menghidupkan reaktor air-berat Arak selepas 7 Julai jika negara-negara anggota perjanjian nuklear tidak melindungi perdagangan dengan Iran seperti yang dijanjikan. - Reuters