Isnin, 22 Julai 2019 | 6:00pm
India melancarkan kapal angkasa untuk mendarat di bulan. - Foto AFP

India lancar kapal angkasa ke bulan

SRIHARIKOTA: India melancarkan kapal angkasa untuk mendarat di bulan, dalam usaha menjadi negara keempat dunia mencapai kejayaan itu.

Chandrayaan-2 atau Moon Chariot 2 – berlepas seperti dijadualkan pada 2.43 petang waktu tempatan dari Pusat Angkasa Lepas Satish Dhawan di Sriharikota, pulau di pantai negeri Andhra Pradesh di selatan India.

Pelancaran dibuat seminggu selepas kebocoran minyak memaksa percubaan sebelum ini dibatalkan. —AFP

Berita Harian X