Rabu, 17 Julai 2019 | 8:19pm
Rakyat India terpaksa berpindah ke tempat selamat ketika menyeberangi air banjir di daerah Kamrup, Assam, negeri timur laut India yang paling teruk terjejas. -Foto AFP
Rakyat India terpaksa berpindah ke tempat selamat ketika menyeberangi air banjir di daerah Kamrup, Assam, negeri timur laut India yang paling teruk terjejas. -Foto AFP

4.7 juta terjejas akibat banjir di timur laut India

GUWAHATI: Jutaan penduduk terjejas akibat banjir di timur laut India ditambah kebimbangan meningkat berhubung bekalan makanan dan air walaupun impak hujan lebat awal monsun jelas semakin reda, kata kerajaan hari ini.

Lebih 4.7 juta penduduk terpaksa berpindah di negeri tanaman teh di Assam, dengan ribuan lagi terpaksa bergantung kepada sedikit bekalan makanan dan air kotor.

“Kami hanya bertahan dengan bubur nasi selama hampir tujuh hari setakat ini,” kata Anamika Das, seorang ibu yang berlindung di kem bantuan Amtola di daerah Lakhimpur, Assam mengakui agak sukar menyusukan bayi lelakinya.

Assam paling teruk terjejas. Banjir turut melanda negara jiran Nepal dan Bangladesh.

Sekurang-kurangnya 153 orang maut di India, Nepal dan Bangladesh manakala sebahagian Pakistan turut mengalami banjir.

Seorang penduduk, Subhas Bania, juga berlindung di Amtola berkata, pihak berkuasa tidak memperuntukkan bekalan air minum.

“Kami terpaksa minum air keruh,” katanya. -Reuters

Berita Harian X