Isnin, 15 Julai 2019 | 9:12pm
Anggota tentera menggendong seorang kanak-kanak meredah banjir di Kathmandu. - Foto Reuters
Anggota tentera menggendong seorang kanak-kanak meredah banjir di Kathmandu. - Foto Reuters

3 juta penduduk berpindah akibat banjir di India, Nepal dan Bangladesh

KATHMANDU: Bencana banjir memaksa lebih tiga juta orang meninggalkan rumah di seluruh utara dan timur laut India tatkala angka kematian di Nepal dan Bangladesh meningkat kepada 75 orang.

Menurut kenyataan kerajaan tempatan, kawasan paling terjejas teruk ialah negeri Bihar di utara India yang mana kira-kira 1.9 juta orang berpindah akibat rumah mereka dinaiki air.

Saluran televisyen tempatan menunjukkan jalan dan landasan kereta api ditenggelami air di Bihar selain menyaksikan orang ramai meredah air hingga ke paras dada dan menjunjung barang di kepala.

Bihar, sebuah negeri miskin selain tidak mempunyai kemudahan asas dan kesihatan lengkap, mempunyai sejarah bencana banjir di kawasan utara yang bersempadan dengan Nepal.

Sementara itu, pejabat cuaca India hari ini meramalkan bahawa hujan akan tersebar luas di seluruh negeri Assam dan Bihar dalam tempoh dua hari akan datang. - Reuters

Berita Harian X