Ahad, 14 Julai 2019 | 3:35pm
Wanita India mencari barang di kawasan rumahnya yang banjir di kampung Kasuarbori, dekat Assam. - Foto AFP
Wanita India mencari barang di kawasan rumahnya yang banjir di kampung Kasuarbori, dekat Assam. - Foto AFP

Musim tengkujuh ragut 50 nyawa di Nepal, 11 di India

KATHMANDU: Banjir dan tanah runtuh disebabkan musim hujan sudah meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa di seluruh Nepal manakala puluhan lagi masih hilang, kata pegawai hari ini.

Wilayah timur laut India juga terjejas akibat banjir dengan 11 kematian direkodkan apabila sungai melimpahi tebing.

Hujan lebat sejak Khamis juga melanda beberapa daerah di Nepal, terutama di timur dan selatan negara itu, menjejaskan ribuan penduduk.

Jurucakap polis Nepal, Bishwaraj Pokharel, berkata 33 hilang manakala 1,100 lagi berjaya diselamatkan.

“Kami sudah menggerakkan semua sumber di negara itu untuk usaha mencari, menyelamat dan membantu dan berjaya sampai ke semua kawasan terjejas,” kata Pokharel.

Pihak berkuasa berkata, paras sungai dijangka kembali seperti biasa esok.

Musim hujan dari Jun hingga September menyebabkan banyak kematian dan kerosakan di seluruh Asia Selatan setiap tahun.

Tahun lalu, lebih 1,200 penduduk maut di seluruh Asia Selatan dalam musim ribut, dengan Kerala di India mengalami banjir paling buruk dalam masa hampir 100 tahun. — AFP

Berita Harian X