Rabu, 10 Julai 2019 | 10:48pm

Peneroka Yahudi rampas kediaman keluarga Palestin

BAITULMAQDIS: Sebuah keluarga Palestin dihalau daripada rumah mereka di timur Baitulmaqdis berhampiran Kota Lama hari ini selepas peneroka Yahudi menang pertarungan di mahkamah yang berlanjutan lebih dua dekad, kata aktivis.

Pangsapuri di kawasan kejiranan Salwan di Palestin adalah kediaman wanita berusia 53 tahun dan empat anaknya, menurut NGO Israel, Peace Now, yang menentang perluasan penempatan Yahudi.

Polis tiba dan menghalau penghuni pangsapuri itu dan mereka terpaksa menumpang saudara mara buat sementara waktu.

Mahkamah Israel mendapati yayasan Elad, yang mahu menambah kehadiran penduduk Yahudi di timur Baitulmaqdis yang ramai penduduk Palestin, sudah membeli secara sah hartanah itu dan memberi keputusan menyebelahi mereka.

“Mengusir kami daripada rumah ini seperti mengeluarkan jantung daripada tubuh saya,” kata seorang penghuninya, Ali Siyam, 20. - AFP

Berita Harian X