Isnin, 8 Julai 2019 | 4:32pm
Gempa bumi melanda kawasan barat daya Iran, pagi tadi. Foto Agensi
Gempa bumi melanda kawasan barat daya Iran, pagi tadi. Foto Agensi

Barat daya Iran dilanda gempa bumi

TEHRAN: Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud melanda barat daya Iran berhampiran sempadan Iraq, pagi tadi.

Menurut Pusat Seismologi Kebangsaan Iran, pusat gempa terletak di Masjed Soleyman, di wilayah Khuzestan dan ia berlaku pada jam 11 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 17 kilometer.

Stesen televisyen tempatan melaporkan, setakat ini, tiada laporan kerosakan serta kematian diterima dan pasukan penyelamat masih memantau situasi. - Foto AFP

Berita Harian X