Ahad, 9 Jun 2019 | 11:22pm
Polis Kazakhstan menahan ratusan penunjuk perasaan pembangkang ketika pilihan raya untuk memilih presiden baharu pertama dalam tempoh 30 tahun di Almaty, Kazakhstan. - Foto Reuters

Ratusan ditahan dalam pilihan raya di Kazakhstan

ALMATY: Polis di Kazakhstan menahan ratusan penunjuk perasaan pembangkang, hari ini, ketika pilihan raya untuk memilih presiden baharu pertama negara itu dalam tempoh 30 tahun, susulan pengunduran pemimpin bersejarah Nursultan Nazarbayev.

Pengganti pilihan beliau, Kassym Jomart-Tokayev, 66, diramalkan menang dalam pemilihan yang turut ditandingi enam calon lain.

Namun, tunjuk perasaan hari ini dianggap yang terbesar pernah berlaku dalam negara Asia Tengah itu, sejak bertahun-tahun. Wakil AFP di dua bandar utama Kazakhstan, Nur-Sultan dan Almaty memaklumkan ratusan ditahan.

Dua wartawan AFP termasuk mereka yang ditahan polis di bandar terbesar Almaty di mana polis cuba meleraikan ratusan penunjuk perasaan.

Seorang wakil AFP dibawa ke sebuah balai polis, sebelum dibebaskan sementara seorang peralatan seorang lagi wartawan agensi media itu dirampas.

Di Almaty, seorang wartawan untuk radio Free Europe/Radio Liberty, Petr Trotsenko dan wakil NGO jawatankuasa hak asasi Norwegian Helsinki, Marius Fossum turut ditahan, namun kemudian dibebaskan. - AFP

Berita Harian X