Sabtu, 8 Jun 2019 | 5:43pm
SEMUA monyet itu mati di banjaran hutan Joshi Baba di mana suhu mencecah 46 darjah Celcius.
SEMUA monyet itu mati di banjaran hutan Joshi Baba di mana suhu mencecah 46 darjah Celcius.

Monyet korban gelombang haba di India

NEW DELHI: Banyak monyet mati disyaki akibat gelombang haba di India, ketika suhu panas berterusan lebih seminggu sehingga menjejaskan manusia dan haiwan, menurut beberapa laporan media, hari ini.

Sebahagian kawasan meluas di negara itu dilanda suhu panas sehingga 50 darjah Celcius seperti di negeri Rajastan.

semua monyet itu mati di banjaran hutan Joshi Baba di negeri Madhya Pradesh di mana suhu mencecah 46 darjah Celcius.

Pegawai hutan daerah, P N Mishra memaklumkan haiwan itu dipercayai bergaduh antara kumpulan musuh untuk merebut satu sumber air.

“Ia jarang berlaku kerana herbivor tidak bergaduh sebegini. Kami menyiasat semua kemungkinan termasuk kebarangkalian konflik antara beberapa kumpulan monyet merebut air.

“Insiden ini menyebabkan kematian 15 monyet daripada kumpulan antara 30 hingga 35 ekor yang tinggal di dalam gua.

“Ada kumpulan tertentu dalam jumlah besar dan menguasai bahagian kawasan tertentu bertindak menghalau kumpulan monyet lebih kecil dari air,” kata Mishra.

Difahamkan, bedah siasat mendapati strok haba mungkin punca kematian.

Harimau juga dilaporkan bergerak keluar dari rizab hutan ke perkampungan untuk mencari air sehingga mencetuskan kebimbangan. - AFP

Berita Harian X