Jumaat, 3 Mei 2019 | 6:26pm
Angin kuat menerbangkan pokok dan tiang elektrik ketika taufan Fani melanda Bhubaneswar, Odisha, hari ini. Foto Reuters
Angin kuat menerbangkan pokok dan tiang elektrik ketika taufan Fani melanda Bhubaneswar, Odisha, hari ini. Foto Reuters

Dua maut akibat taufan Fani di India

PURI (INDIA): Dua maut selepas taufan Fani melanda timur India hari ini, selain mengakibatkan bekalan air dan elektrik terputus.

Taufan itu membawa hujan lebat di bandar Puri di sini, dan dianggap paling kuat melanda kawasan di luar Laut Hindu dalam tempoh beberapa tahun, dengan tiupan angin pada kelajuan sehingga 200 kilometer sejam.

Dalam tempoh beberapa hari lalu, pihak berkuasa Odisha sudah memindahkan lebih satu juta penduduk, berikutan kejadian taufan pada 1999 yang mengorbankan 10,000 penduduk.

Seorang lelaki maut akibat serangan jantung ketika berada di salah satu pusat perlindungan sementara.

“Seorang lelaki keluar meredah taufan walaupun sudah diberi amaran dan maut akibat ditimpa pokok.

“Kelajuan angin ketika ini mungkin sudah mencecah sekitar 200 kilometer sejam,” kata pesuruhjaya bantuan khas Odisha, Bishnupada Sethi kepada AFP ketika dihubungi menerusi telefon.

Sementara itu, ratusan ribu penduduk di Bengal Barat sudah diarahkan berpindah, manakala lapangan terbang tempatan tidak beroperasi, manakala landasan kereta api dan jalan raya juga ditutup. - AFP

Berita Harian X