Rabu, 1 Mei 2019 | 4:26pm
PRESIDEN Maithripala Sirisena. - Foto Reuters
PRESIDEN Maithripala Sirisena. - Foto Reuters

Presiden Sri Lanka syak warga asing dalang serangan bom nekad

SRI LANKA: Warga asing mungkin mendalangi rancangan serangan bom nekad semasa sambutan Easter di Sri Lanka, Ahad lalu, kata Presiden Maithripala memberitahu Sky News.

Sirisena turut memberi amaran bahawa kumpulan militan Daesh sudah melancarkan satu ‘strategi baharu’ dengan mensasarkan negara-negara kecil, menurut Sky News, hari ini .

Serangan 21 April lalu ke atas hotel dan gereja di Sri Lanka turut menyebabkan lebih 250 orang terkorban, termasuk 40 warga negara asing.

Pihak berkuasa mengesyaki dua anggota daripada dua pertubuhan tempatan, National Thawheedh Jamaath dan Jammiyathul Millathu Ibrahim yang melancarkan serangan itu meskipun kumpulan Daesh mengakui bertanggungjawab melakukannya. - Reuters

Berita Harian X