Ahad, 28 April 2019 | 10:01pm
PERDANA Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe. - Foto AFP
PERDANA Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe. - Foto AFP

Ramai militan ditangkap, Sri Lanka kembali normal

COLOMBO: Tentera Sri Lanka membunuh atau menangkap kebanyakan militan yang dikaitkan dengan pengeboman nekad pada sambutan Easter dan negara itu sedia kembali normal, kata Perdana Menterinya, Ranil Wickremesinghe, hari ini.

Namun katanya, kerajaan mencadangkan undang-undang lebih tegas untuk menangani militan Islam dan ulama asing yang mengajar di Sri Lanka secara haram akan diusir.

Pengeboman Ahad minggu lalu yang mengorbankan 253 nyawa dilakukan kumpulan kecil tetapi terancang, kata

Wickremesinghe dalam kenyataan.

“Kebanyakan mereka sudah ditangkap. Sebahagian lagi dibunuh. Kini kami kembali normal.

“Kita perlu membantu mengembalikan kehidupan normal komuniti,” katanya.

Tiga gereja dan tiga hotel disasarkan oleh pengebom nekad dalam serangan yang turut menyebabkan 40 warga asing maut.

Lebih 100 ditahan sejak serangan itu. Pihak berkuasa berkata, kira-kira 140 pengikut kumpulan militan Daesh berada di negara berkenaan.

Beliau turut berterima kasih kepada komuniti minoriti Islam kerana memberi maklumat mengenai kumpulan radikal. — AFP

Berita Harian X