Rabu, 27 March 2019 | 12:27pm
Gambar yang dikeluarkan oleh Pegawai Sempadan Australia menunjukkan jet ski yang dipandu penjenayah dadah yang disyaki British disita oleh Pasukan Perbatasan Australia dan Pulau Saibai di Australia. - Foto AFP
Gambar yang dikeluarkan oleh Pegawai Sempadan Australia menunjukkan jet ski yang dipandu penjenayah dadah yang disyaki British disita oleh Pasukan Perbatasan Australia dan Pulau Saibai di Australia. - Foto AFP

Suspek dadah lari dari Australia guna jet ski

SYDNEY: Polis Australia hari ini menahan seorang lelaki disyaki pesalah dadah warga British, yang cuba melarikan diri ke Papua New Guinea menggunakan jet ski.

Polis sempadan berkata, mereka menerima maklumat mengenai seorang lelaki yang mungkin bersenjata panah dan membawa bahan bakar serta bekalan tambahan, dilihat menunggang jet ski dari sebuah semenanjung di timur laut negara ini.

Suspek warga Britain berusia 57 tahun yang memiliki waran tertunggak atas dakwaan berkaitan dadah di Australia Barat” ditangkap di sebuah pulau beberapa kilometer (km) dari tanah besar Papua New Guinea.

Dia dikatakan berjaya melarikan sejauh kira-kira 150 km merentas Selat Torres.

Lelaki itu juga sedang menunggu untuk dihantar pulang ke Australia Barat. Jet ski miliknya turut ditunda pihak berkuasa.

“Sesiapa yang merasa mereka boleh masuk dan keluar dari Australia melalui rantau ini tanpa dikesan, mereka perlu berfikir sekali lagi,” kata pegawai Angkatan Sempadan Australia, Jo Crooks. - AFP

Berita Harian X