Jumaat, 22 Februari 2019 | 8:43pm
- Foto AFP
- Foto AFP

'Jangan cari pasal dengan Pakistan'

RAWALPINDI: Tentera Pakistan bersedia bertahan daripada sebarang serangan oleh India dan bertindak dengan ‘kekuatan penuh’, kata jurucakap tentera, susulan ketegangan kedua-dua negara jiran itu.

“Kami tidak berhasrat memulakan perang, tetapi akan bertindak balas dengan kekuatan penuh kepada ancaman itu, yang akan mengejutkan anda. Jangan main-main dengan Pakistan.

“Kami tidak mahu berperang. Jika ia dilancarkan terhadap kami, kami berhak bertindak balas,” kata Mejar Jeneral Asif Ghafoor kepada sidang akhbar di Rawalpindi, seminggu selepas kumpulan militan berpangkalan di Pakistan mendakwa bertanggungjawab di atas serangan bom kereta yang meragut nyawa 40 polis separa tentera di Kashmir. — Reuters

Berita Harian X