Rabu, 13 Februari 2019 | 7:16pm
Etnik Uighur melancarkan kempen global mendesak China memberikan video membuktikan menunjukkan ahli keluarga mereka masih hidup, menggunakan hashtag #MeTooUyghur. - Foto AFP
Etnik Uighur melancarkan kempen global mendesak China memberikan video membuktikan menunjukkan ahli keluarga mereka masih hidup, menggunakan hashtag #MeTooUyghur. - Foto AFP

Keluarga tuntut bukti video jutaan etnik Uighur masih hidup

BEIJING: Etnik Uighur melancarkan kempen global mendesak China memberikan video membuktikan menunjukkan ahli keluarga mereka masih hidup, selepas Beijing menggunakan rakaman untuk membuktikan seorang tokoh etnik itu tidak meninggal dunia, ketika dalam tahanan.

Kempen media sosial itu dilancarkan, semalam, menggunakan hashtag #MeTooUyghur, selepas China memaparkan video seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai penyair dan pemuzik Uighur, Abdurehim Heyit dengan memaklumkan beliau masih hidup dan sihat.

Video itu diterbitkan untuk menyangkal dakwaan Turki bahawa beliau terbunuh dalam penjara China, ketika Ankara mengutuk Beijing menahan sejumlah besar etnik minoriti Muslim Uighur dalam banyak kem ‘pendidikan semula’ di wilayah Xinjiang, barat laut China.

Menerusi hashtag itu yang dimuat naik dari seluruh dunia menunjukkan etnik Uighur memegang gambar ibu, bapa, anak-anak atau kawan yang hilang di Xinjiang.

“Pihak berkuasa China menunjukkan video Heyit masih hidup. Sekarang kami mahu tahu di mana jutaan etnik Uighur lain?” kata aktiviti Uighur di Finland, Halmurat Harri yang mencipta hashtag terbabit. - AFP

Berita Harian X