Rabu, 6 Februari 2019 | 9:58pm
Menteri Pertanian Jepun, Takamori Yoshikawa. - Foto Agensi

Jepun bunuh babi elak penularan wabak

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun hari ini sedang bergelut dengan virus selsema babi selepas ia dikesan di beberapa wilayah di Jepun.

Tentera dan pegawai kerajaan tempatan sudah mula membunuh kira-kira 6,600 babi di sebuah ladang terletak di wilayah Aichi susulan pengesahan mengenai penularan wabak itu.

Menurut Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, sejak Januari ladang berkenaan menghantar babi ke enam pusat penyembelihan di Nagano, Gifu, Aichi, Mie, Shiga dan Osaka.

Katanya, pihaknya menjumpai virus terbabit di semua wilayah itu kecuali wilayah Mie.

Justeru, kerajaan di wilayah Nagano bertindak membunuh 2,400 babi di sebuah ladang terletak di perkampungan Miyada

“Kami menghadapi tahap yang kritikal,” kata Menteri Pertanian, Takamori Yoshikawa semasa mesyuarat hari ini.

Selsema babi boleh menyebabkan kematian kepada babi peliharaan dan liar tetapi tidak menjangkiti manusia. - Reuters/Agensi

Berita Harian X