Selasa, 29 Januari 2019 | 7:27am
Tentera Yaman mengawal sebuah loji kuasa di bandar pelabuhan Laut Merah al-Mokha, Yaman. - Foto REUTERS
Tentera Yaman mengawal sebuah loji kuasa di bandar pelabuhan Laut Merah al-Mokha, Yaman. - Foto REUTERS

Letupan bom motosikal gegar Al Mokha

ADEN : Satu letupan jarang berlaku menggegarkan bandar pelabuhan Al Mokha yang dikuasai kerajaan Yaman, membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan ramai lagi, semalam.

Al Mokha, satu ketika dahulu dikenali sebagai hab pengeksport kopi kini dikawal ketat oleh pasukan tentera laut Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang juga sekutu rapat kepada kerajaan Yaman di bawah pimpinan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Yaman, antara negara termiskin dunia dilanda krisis kemanusiaan susulan konflik selama hampir empat tahun antara kerajaan dan pemberontak Huthi yang mendapat sokongan Iran.

Pegawai tempatan berkata, letupan berkenaan dipercayai berpunca daripada bom motosikal dan disyaki dilakukan oleh militan Islam Al Qaeda atau Daesh.

Al Mokha, terletak kira-kira 75 kilometer di utara selat Bab Al Mandab dan berjiran dengan Al Khoukha serta Al Heiss adalah antara pekan yang ditawan dari pemberontak Huthi sejak peperangan meletus pada tahun 2015 selepas pasukan bersenjata mengusir Hadi untuk hidup dalam buangan di Arab Saudi.

Bandar itu kini berfungsi sebagai antara pangkalan tentera yang digunakan untuk membekalkan anggota keselamatan dan menguatkan kedudukan pasukan gabungan di bandar pelabuhan Hodeidah. - Reuters

Berita Harian X