Isnin, 28 Januari 2019 | 9:28am
Mohammed al-Amoudi
Mohammed al-Amoudi
Hotel Ritz Carlton di Riyadh, Arab Saudi di mana sejumlah 500 putera raja, menteri, bekas menteri dan ahli perniagan ditahan atas tuduhan rasuah pada November 2017. -Foto Agensi
Hotel Ritz Carlton di Riyadh, Arab Saudi di mana sejumlah 500 putera raja, menteri, bekas menteri dan ahli perniagan ditahan atas tuduhan rasuah pada November 2017. -Foto Agensi

Jutawan Habsyah dibebaskan dari penjara Arab Saudi

ADDIS ABABA: Pejabat Perdana Menteri Habsyah berkata semalam, jutawan kelahiran Arab Saudi, Mohammed al-Amoudi dibebaskan dari sebuah penjara di negara pentadbiran diraja itu di mana beliau ditahan pada 2017 sebagai sebahagian kempen anti-rasuah meluas.

Amoudi ‘sudah dibebaskan dari penjara di Arab Saudi,’ kata pejabat Perdana Menteri Abiy Ahmed menerusi akaun rasmi Twitter.

“Kami berharap kepulangan selamat Mohammed al-Amoudi ke Habsyah,” katanya.

Pembebasan jutawan perniagaan itu tidak dapat disahkan sumber Arab Saudi.

Menurut majalah Forbes, Amoudi,72, adalah rakyat Arab Saudi berketurunan Arab di sebelah bapanya manakala ibunya berasal dari Habsyah. Beliau memiliki syarikat yang menguruskan pertanian, tenaga dan pembinaan di beberapa negara.

Amoudi, yang mana kekayaannya dianggarkan Forbes pada 2017 berjumlah AS$8.3 bilion (RM34.23 bilion) ditahan pada November 2017 dalam satu kempen pembersihan Arab Saudi yang termasuk putera raja, menteri dan ahli perniagaan atas dakwaan rasuah. -AFP

Berita Harian X