Rabu, 16 Januari 2019 | 8:43am

Gempa bumi kuat gegar Kepulauan Vanuatu

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Kepulauan Vanuatu di Lautan Pasifik Selatan pada kira-kira 2.06 pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, pusat gempa itu terletak 13.3 darjah Selatan dan 166.7 darjah Timur dan 304 kilometer (km) dari Lata, Kepulauan Solomon.

Sementara itu, gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina kira-kira 4.03 pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran terletak 171km Tenggara dari Davao, Filipina.

Bagaimanapun, kedua-dua gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu. – BERNAMA

Berita Harian X