Isnin, 24 Disember 2018 | 9:25pm
Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu

Israel adakan pilihan raya April 2019

BAITULMAQDIS: Israel akan mengadakan pilihan raya umum April depan, kata jurucakap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di Twitter hari ini selepas satu mesyuarat diadakan antara anggota pentadbiran pakatan.

“Pemimpin pakatan memutuskan secara sebulat suara untuk membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya awal April depan,” kata jurucakap memetik kenyataan dikeluarkan rakan politik Netanyahu.

Krisis berhubung rang undang-undang pengerahan tentera menjejaskan pengecualian daripada perkhidmatan wajib untuk lelaki Yahudi ultra-Ortodoks menjurus keputusan itu.

Netanyahu, kini di penggal keempat sebagai perdana menteri, mentadbir dengan majoriti tipis 61 kerusi dalam 120 anggota parlimen. Beliau mengetuai parti sayap kanan, Likud.

Mengikut undang-undang Israel, satu pilihan raya kebangsaan perlu diadakan menjelang November 2019. -Reuters

Berita Harian X