Khamis, 1 November 2018 | 2:12pm
PENDUDUK Islam mengadakan bantahan di Karachi, Pakistan. - Foto EPA
PENDUDUK Islam mengadakan bantahan di Karachi, Pakistan. - Foto EPA

Tunjuk perasaan bantah keputusan mahkamah

KARACHI: Penduduk Islam mengadakan bantahan dengan menghalang jalan raya di bandar raya utama Pakistan buat hari kedua hari ini, menentang keputusan Mahkamah Agung membebaskan seorang wanita Kristian daripada hukuman mati kerana dakwaan menghina Islam.

Kumpulan penunjuk perasaan daripada parti konservatif Islam menghalang 10 jalan utama di bandar raya Karachi dan beberapa lagi di timur Lahore, lapor Geo TV dan saluran lain.

Sekolah persendirian di kedua-dua bandar raya ditutup, selain di Islamabad.

Sekumpulan 200 penunjuk perasaan Tehreek-e-Labaik (TLP) berada di dalam khemah besar, mendengar ucapan di dua jalan raya yang dihalang di Karachi.

Dalam satu ucapan, penceramah TIP menggesa penyokong memulakan kebakaran baru jika polis berjaya memadamkan tayar dan objek lain yang dibakar.

Mereka membantah keputusan mahkamah membebaskan Asia Bibi, ibu empat anak, yang menunggu hukuman mati sejak 2010, sebagai wanita pertama dijatuhi hukuman gantung menurut undang-undang hina agama tegas di Pakistan.

Bibi dituduh membuat kenyataan menghina Islam selepas jirannya melarang beliau meminum air daripada gelas mereka kerana bukan beragama Islam. — Reuters

Berita Harian X