Sabtu, 20 Oktober 2018 | 4:52pm
PULUHAN ribu penduduk Taiwan berarak di jalan raya dalam satu perhimpunan besar-besaran bagi menuntut kemerdekaan dari China. - Foto AFP

Rakyat desak Taiwan tuntut kemerdekaan dari China

TAIPEI: Puluhan ribu penduduk Taiwan berarak di jalan raya dalam satu perhimpunan besar-besaran, hari ini, bagi menuntut kemerdekaan dari China.

Bantahan di tengah Taipei itu, berlangsung ketika China berusaha mempertingkatkan tuntutannya ke atas pulau yang mengamalkan pemerintahan sendiri.

Malah, Presiden Tsai Ing-wen berusaha untuk mengimbangi kuasa Beijing dan desakan dari pihak yang mahu Taiwan menuntut kemerdekaan dari China.

Perhimpunan itu juga adalah yang terbesar pernah dianjurkan bagi mendesak undian menuntut kemerdekaan sejak Taiwan melaksanakan pemerintahan demokrasi lebih 20 tahun lalu.

Dalam pada itu, penganjur mendakwa perhimpunan itu berjaya menarik 100,000 peserta.

Peserta yang berkumpul di hadapan bangunan ibu pejabat parti pemerintah, Parti Progresif Demokratik (DPP) turut melaungkan slogan dan mengibarkan bendera yang tertera perkataan ‘Pungutan Suara Kemerdekaan’. - AFP

Berita Harian X