X
Rabu, 17 Oktober 2018 | 2:44pm
- Foto hiasan
- Foto hiasan

Gempa bumi sederhana landa barat Iran

TEHRAN: Gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter menggegar Qasr-e Shirin di Wilayah Kermanshah, Iran, lapor agensi berita Iran (IRNA).

Menurut Pusat Seismologi Institut Geofizik Universiti Tehran, gegaran berlaku pada 6.46 pagi waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer.

Setakat ini tiada laporan kecederaan atau kerosakan harta benda.

Pada 12 November 2017, gempa berukuran 7.3 magnitud menggoncang bandar di Wilayah Salas Babajani, meragut 620 nyawa serta mencederakan kira-kira 12,000 yang lain. – BERNAMA

SD AYU

Berita Harian X