Ahad, 23 September 2018 | 1:03am

Serangan perbarisan, Khamenei salahkan negara Teluk

DUBAI: Pemimpin agung Iran, Ayatolaah Ali Khamenei menuduh negara Arab yang disokong Amerika Syarikat (AS) melakukan serangan terhadap perbarisan tentera yang mengorbankan 25 orang dengan separuh daripada mereka adalah anggota elit Pengawal Revolusi.

Khamenei mengarahkan pasukan keselamatan membawa mereka bertanggungjawab terhadap serangan terburuk terhadap Pengawal Revolusi ke muka pengadilan.

Pengawal Revolusi adalah angkatan tentera bersenjata paling berkuasa di negara itu yang menerima arahan beliau.

Tuduhan itu dijangka meningkatkan ketegangan dengan seteru Iran, Arab Saudi dan sekutu Arabnya yang bekerjasama dengan AS untuk mengasingkan negara Syiah terbabit.

“Jenayahnya adalah plot berterusan negara serantau yang menjadi boneka AS dan matlamat mereka adalah untuk mencetuskan kekacauan di negara kita,” menurut kenyataan Khamenei. - Reuters

Berita Harian X