Rabu, 22 Ogos 2018 | 8:54pm
DONALD Trump. - Foto AFP
DONALD Trump. - Foto AFP

Israel lulus 1,000 penempatan Yahudi di Tebing Barat

BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa Israel, hari ini meluluskan rancangan pembinaan lebih 1,000 kediaman pendatang haram Yahudi di Tebing Barat, kata NGO Peace Now.

Ia adalah gelombang kelulusan terbaharu, sejak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengambil alih pemerintahan.

Rancangan itu diluluskan jawatankuasa Kementerian Pertahanan Israel.

Ia turut membabitkan 370 unit kediaman di penempatan Adam di mana tiga warga Israel ditikam seorang penduduk Palestin pada Julai lalu dengan seorang daripada mereka maut. - AFP

Berita Harian X