Isnin, 30 Julai 2018 | 12:59pm
IMRAN Khan. - Foto EPA
IMRAN Khan. - Foto EPA

Pembangkang Pakistan seru siasat penipuan pilihan raya

LAHORE: Parti pembangkang utama Pakistan menyeru siasatan kehakiman dijalankan ke atas dakwaan berlakunya penipuan pada pilihan raya baru-baru ini yang berpihak kepada parti Parti Tehreek-e-Insaf (PTI) pimpinan Imran Khan.

PTI muncul sebagai satu-satunya parti yang memenangi undi terbesar Rabu lalu, mengalahkan parti Pakistan Muslim League-Nawaz (PML-N) pimpinan bekas perdana menteri yang dipenjarakan, Nawaz Sharif.

Sharif mendakwa, ketika berkempen, tentera mempengaruhi badan kehakiman untuk menafikan penggal kedua buatnya. Tentera menafikan dakwaan itu.

"Kami menuntut suruhanjaya kehakiman untuk menyiasat kejadian yang berlaku pada 25 Julai lalu," kata pemimpin kanan parti, Khawaja Asif kepada wartawan di Lahore.

PTI meraih kejayaan yang lebih baik dari jangkaan dengan 16.86 juta undi, mengalahkan PML-N, yang mendapat hampir 13 juta undi.

Imran Khan sedang mengadakan rundingan bersama parti bebas dan kecil untuk membentuk kerajaan gabungan. - Reuters

Berita Harian X