Rabu, 25 Julai 2018 | 5:03pm

Houthi sasar kapal perang Arab Saudi

RIYADH: Pemberontak Houthi yang disokong Iran mensasarkan kapal perang Arab Saudi di pantai barat Yaman, menurut laporan Al Masiran TV milik kumpulan berkenaan.

"Tentera laut mensasarkan kapal Dammam Arab Saudi," menurut kenyataan penyiar itu di Twitter.

Tiada laporan mengenai kerosakan atau kematian atau ulasan tentera pakatan Teluk diketuai Riyadh yang memerangi Houthi dalam perang saudara di Yaman. - Reuters

Berita Harian X