Jumaat, 15 Jun 2018 | 7:10pm
PERTEMPURN antara tentera pro kerajaan dan pemberontak Yaman. - Foto AFPs
PERTEMPURN antara tentera pro kerajaan dan pemberontak Yaman. - Foto AFPs

12 tentera terbunuh, serangan pemberontak Yaman

AL DURAIHMI: Sejumlah 12 tentera pro kerajaan terbunuh dalam serangan pemberontak Yaman di selatan bandar pelabuhan Hodeida di Laut Merah hari ini, kata sumber ketenteraan dan perubatan.

Pemberontak melancarkan serangan ke atas jalan pantai dari pelabuhan Khokha dan Mokha yang dikuasai tentera dibantu gabungan Arab yang menawan Hodeida pada awal minggu ini, kata sumber tentera.

Berpuluh-puluh pejuang terbunuh sejak serangan bermula Rabu lalu dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan terhadap penghantaran bantuan penting melalui dermaga di kota itu. - AFP

Berita Harian X