Ahad, 10 Jun 2018 | 8:37pm
PRESIDEN Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan (tengah) berbual dengan ahli keluarganya di kediamannya di Evian, Perancis. - Foto AFP

Presiden UAE bertemu keluarga di Perancis

ABU DHABI: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan bertemu dengan keluarganya di Perancis, lapor media UAE hari ini, kemunculan keduanya sejak diserang stroke pada 2014.

Agensi berita rasmi WAW menyiarkan gambar Emir Abu Dhabi berusia 70 tahun itu berbual dengan ahli keluarganya di kediamannya di Evian, Perancis.

Sheikh Khalifa mengambil alih jawatan itu sebagai pemerintah Abu Dhabi susulan kematian bapanya yang juga pengasas UAE, Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahyan.

Abu Dhabi antara anggota terbesar dan paling kaya daripada tujuh wilayah yang membentuk UAE.

Sheikh Khalifa hanya membuat satu kemunculan di tempat awam sempena sambutan Aidilfitri pada tahun lalu sejak menjalani satu pembedahan susulan serangan stroke pada Januari 2014. - AFP

Berita Harian X