Ahad, 27 Mei 2018 | 5:05pm
PRESIDEN Palestin, Mahmud Abbas. - Foto AFP
PRESIDEN Palestin, Mahmud Abbas. - Foto AFP

Mahmud Abbas dijangka keluar hospital hari ini

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmud Abbas dijangka dibenar keluar dari hospital hari ini selepas seminggu menerima rawatan akibat paru-paru berair, kata pihak berkuasa Palestin.

Sumber yang tidak mahu dikenali berkata pemimpin berusia 83 tahun itu dibenar keluar dari Hospital Istishari Arab berdekatan Ramallah pada kira-kira jam 2 petang.

Khabar mengenai keadaan kesihatan beliau menjadi spekulasi terutama sekali dengan ketiadaan calon penggantinya.

Gambar dan video Abbas berjalan di dalam wad dan membaca akhbar yang disiarkan lewat Isnin lalu bertujuan meredakan khabar angin bahawa keadaan kesihatannya lebih serius daripada yang dilaporkan.

Abbas dimasukkan ke hospital 20 Mei lalu akibat komplikasi susulan pembedahan telinga, termasuk demam panas.

Pihak berkuasa sehingga kini mengesahkan bahawa beliau dirawat akibat masalah paru-paru berair. - AFP

Berita Harian X