Isnin, 14 Mei 2018 | 6:21pm
PERTEMPURAN meletus sepanjang sempadan di Semenanjung Gaza-Israel antara penduduk Palestin dan tentera rejim Zionis menjelang perasmian Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis. - Foto AFP
PERTEMPURAN meletus sepanjang sempadan di Semenanjung Gaza-Israel antara penduduk Palestin dan tentera rejim Zionis menjelang perasmian Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis. - Foto AFP

12 penduduk Palestin cedera bantah buka Kedutaan AS

GAZA CITY: Pertempuran meletus sepanjang sempadan di Semenanjung Gaza-Israel antara penduduk Palestin dan tentera rejim Zionis menjelang perasmian Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis, hari ini.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, seramai 12 penduduk Palestin cedera.

Ribuan penduduk Palestin berkumpul berhampiran sempadan, sementara segelintir daripadanya melemparkan batu ketika mendekati pagar dan cuba merosakkannya, manakala penembak tepat Israel berada di seberang sempadan.

Difahamkan kumpulan besar penduduk Palestin dijangka berkumpul pada esok, bagi membantah tindakan perpindahan pejabat Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Perasmian pembukaan kedutaan itu dijangka berlangsung pada 9 malam (waktu tempatan).

Seramai 54 penduduk Palestin dilaporkan terbunuh akibat ditembak tentera rejim Zionis apabila siri bantahan dan pertempuran yang bermula di sepanjang sempadan Gaza sejak 30 Mac lalu.- AFP

Berita Harian X