Sabtu, 12 Mei 2018 | 6:55pm
 PEMIMPIN agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei. - Foto EPA
PEMIMPIN agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei. - Foto EPA

Khamenei seru penyatuan Islam hadapi musuh

DUBAI: Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, hari ini menggesa penyatuan dalam kalangan umat Islam dan usaha ke arah kemajuan saintifik, berkata ia menjadikan mustahil kepada 'musuh' seperti Amerika Syarikat untuk menguasai negara Islam.

Iran yang berfahaman Syiah berhadapan Arab Saudi yang mengamalkan Sunnah dan mendapatkan sokongan Barat untuk mencari pengaruh di Asia Barat.

Kedua-dua kuasa itu masing-masing menyokong pihak bertentangan dalam konflik di Yaman dan Syria selain kumpulan politik berbeza di Iraq dan Lubnan.

"Hari ini, setiap pergerakan yang membawa kepada persefahaman kumpulan Islam dan mazhab adalah perkara baik, dan perhimpunan adalah contoh pergerakan kepada penyatuan negara Islam," kata Khamenei dalam kenyataan disiarkan laman web rasminya.

Beliau juga memberitahu mesyuarat mengenai sumbangan Syiah kepada sains bahawa pergerakan saintifik perlu dipercepatkan dan negara Islam perlu sekali lagi mencapai kemuncak sains dan tamadun supaya musuh Islam dan AS tidak boleh mengarahkan ketua negara Islam.

Iran kerap menggesa penyatuan Islam untuk membantu Tehran dalam konfrontasi dengan musuh ketatnya, AS.

Washington, Selasa lalu menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran, langkah yang diiringi dengan ancaman penalti terhadap mana-mana firma asing yang ada perniagaan di Iran.

Tehran menafikan ia membangunkan senjata atom dan berkata program nuklearnya untuk kegunaan secara aman di kawasan termasuk elektrik, pertanian dan perubatan. - Reuters.

Berita Harian X