Khamis, 10 Mei 2018 | 3:08pm
POLIS menahan penunjuk perasaan pada demonstrasi di Almaty, Kazakhstan. - Foro Reuters

Penunjuk perasaan ditahan di Kazakhstan

ALMATY: Sekurang-kurangnya 50 penunjuk perasaan yang menyertai demonstrasi di sini, ditahan, hari ini, selepas pencabar terdekat Presiden Nursultan Nazarbayev menyeru penyokongnya melancarkan bantahan.

Menurut wakil Reuters, ratusan penunjuk perasaan yang berkumpul di pusat bandar Almaty, membawa sepanduk tertera 'Bebaskan tahanan politik' dan 'Hentikan penderaan'.

Demonstrasi itu adalah anjuran bekas pegawai bank dan pengkritik Nazarbayev, Mukhtar Ablyazov.

Ablyazov yang kini tinggal di Perancis, menggunakan media sosial untuk meraih sokongan penyokong di Kazakhstan.

Perhimpunan awam adalah dilarang di Kazakhstan, iaitu negara bekas Republik Soviet yang mempunyai 18 juta penduduk, tanpa kebenaran pihak berkuasa. - Reuters

Berita Harian X