Jumaat, 4 Mei 2018 | 5:37am
JUMLAH korban ribut pasir dan penahan petir di India meningkat kepada 125 orang. - Foto AFP

TERKINI - Korban ribut pasir, panahan petir India 125 orang

AGRA: Jumlah korban ribut pasir dan penahan petir di India meningkat kepada sekurang-kurangnya 125 orang, ketika negara itu bersiap untuk keadaan cuaca lebih teruk lewat semalam.

Awan debu menyebabkan sebahagian kawasan di utara India berada dalam kegelapan dengan kelajuan angin lebih 130 kilometer sejam yang melanda Uttar Pradesh, Rajasthan dan Punjab sehingga memusnahkan kediaman, pokok dan tiang elektrik.

Sekurang-kurangnya 111 orang terbunuh akibat ditimpa dinding dan atap rumah yang runtuh.

Empat belas mangsa lagi terbunuh di negeri Andhra Pradesh, selatan India yang mengalami lebih 41,000 panahan petir kelmarin, kata pegawai bencana. - AFP

Berita Harian X