Rabu, 2 Mei 2018 | 10:19pm

Terkini: 76 cedera, gempa bumi landa Iran

BEIRUT: Gempa bumi berkekuatan magnitud 5.3 di bandar barat daya Iran di Sisakht pagi ini mencederakan sekurang-kurangnya 76 orang dan menyebabkan kerosakan teruk bangunan, lapor media tempatan.

Pusat Gempa Bumi Kebangsaan berkata, tragedi itu berlaku selepas jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Media tempatan melaporkan, ia menyebabkan kerosakan besar infrastruktur di bandar itu, terletak sejauh 160 kilometer di barat laut Shiraz.

November lalu, gempa bumi magnitud 7.3 di perkampungan dan bandar barat Iran di wilayah Kermanshah di sepanjang sempadan pergunungan Iran meragut sekurang-kurangnya 620 nyawa dan mencederakan ribuan lain. -Reuters

Berita Harian X