Khamis, 12 April 2018 | 1:22pm
Peta kepulauan Jeju. - Foto Googlemap

1 maut belon udara panas terhempas di Korea Selatan

JEJU: Seorang juruterbang belon udara panas terkorban manakala 12 pelancong yang menaikinya cedera selepas ia terhempas di sebuah pulau di Korea Selatan, hari ini.

Menurut laporan Agensi Berita Yonhap, kemalangan itu berlaku sekitar jam 8 pagi (waktu tempatan) apabila belon udara panas itu terhempas di kawasan bukit di bandar Seogwipo di Pulau Jeju.

Seorang petani yang menyaksikan insiden itu kemudian menghubungi balai bomba untuk melaporkan kemalangan berkenaan.

Juruterbang itu difahamkan diserang sakit jantung dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggalkan dunia.

Dua belas penumpang lain turut dibawa ke hospital untuk rawatan. - Agensi

Berita Harian X