Sabtu, 7 April 2018 | 4:33pm

Gempa bumi 6.3 magnitud landa PNG

SYDNEY: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud menggegarkan kawasan tanah tinggi terpencil di Papua New Guinea (PNG), hari ini, kata Pusat Seismologi Eropah-Meditterranean (EMSC).

Menurut EMSC, gempa bumi itu dengan kedalaman 1.9 kilometer, berlaku di kawasan yang terletak kira-kira 93 kilometer di barat daya Porgera di wilayah Enga.

Namun, belum ada sebarang laporan menyebut berlaku kerosakan atau pun kecederaan.

Gempa bumi kerap berlaku di PNG yang terletak dalam Lingkaran Api Pasifik dan juga titik panas aktiviti seismik akibat geseran antara plat tektonik. - Reuters.

Berita Harian X